Anda berada di: Halaman Utama Penghantaran

IR Trade2u.com

Bakul Shopping

Masih Kosong

Cara Penghantaran

Apabila Anda membuat pesanan melalui perkhidmatan irtrade2u.com, kami boleh menghantarkan ke mana-mana alamat di seluruh dunia. Pihak irtrade2u.com akan membuat pengiraan caj penghantaran bergantung kepada berat, kuantiti stok yang ada dan perkhidmatan penghantaran yang Anda pilih.

Pihak kami menggunakan kaedah hitungan berat sebagai cara mengira caj penghantaran. Setiap perkhidmatan penghantaran mempunyai kadar yang berbeza bergantung kepada tempoh dan jaminan keselamatan penghantaran.Buat masa sekarang pihak irtrade2u.com menggunakan 2 perkhidmatan penghantaran bagi dalam dan luar negara. Mereka adalah:

 

poslaju

 

a) Pos Malaysia (Boleh rujuk ke laman www.pos.com.my bagi mengetahui caj penghantaran semasa) · Pos Laju (Tempoh masa penghantaran 2 hingga 5 hari).

 

b) GDex Express (Boleh rujuk ke laman www.gdexpress.com bagi mengetahui caj penghantaran semasa) ·GDex Express (Tempoh masa penghantaran 1 hingga 2 hari).

 

Untuk penghantaran bunga-bunga segar, kami mneyediakan perkhidmatan lori dan bas ekspress. Pos atau courier tidak digalakkan kerana akan menjejaskan kualiti kesegaran bunga.

Hari penghantaran (lori) adalah mengikut zon.

1) Zon Selatan (Johor, Melaka dan Negeri Sembilan) - Selasa, Rabu, Khamis dan Ahad.

2) Zon Tengah (Kuala Lumpur dan Selangor) - Setiap Hari kecuali Sabtu.

3) Zon Utara (Kedah, Perak, Pulau Pinang dan Perlis) - Isnin, Selasa, Rabu, Jumaat dan Ahad.

4) Zon Timur (Kelantan dan Terengganu) - Isnin, Selasa, Rabu, Jumaat dan Ahad.

Hari penghantaran (bas ekspress) :

1) Kuala Lumpur, Ipoh dan Pulau Pinang - Setiap Hari (kecuali Sabtu)

Lokasi penurunan adalah ditetapkan oleh pihak logistik. Anda perlu mengambil sendiri di lokasi yang telah ditetapkan dan anda perlu maklumkan kepada pihak logistik lokasi penurunan yang paling hampir dengan lokasi anda. Pihak logistik atau kami sendiri akan menghubungi anda sebelum penghantaran dibuat. Jika berlaku sebarang penundaan masa/hari penghantaran, pihak logistik (lori) akan hubungi anda. Oleh sebab itu, kami cadangkan kepada anda supaya penghantaran dibuat 2 hari sebelum sesuatu majlis.

 

Lokasi penurunan

1) Kuala Lumpur - Pudu dan Jalan Tun Abdul Razak.

2) Johor Bahru - Marple Florist and Gift Center,11, Jalan Badik 1, Taman Sri Tebrau, Johor Bahru.

PERHATIAN : Pelanggan atau pembeli mestilah akur dengan terma dan syarat kami sekiranya melibatkan penghantaran bunga segar.Pihak kami tidak akan bertanggungjawab sekiranya berlaku kerosakan selepas penghantaran.Pelanggan boleh menuntut kembali wang sebanyak 50% dari kadar pembelian sekiranya membuat tuntutan akibat kerosakan dengan bukti ( gambar atau produk dipulangkan )

Sekian, terima kasih.

 

 

 

PENAFIAN: IRTrade2u.com tidak bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan atau kerosakan yang dialami kerana menggunakan maklumat dalam laman ini.
Suapan RSS dari blog dan laman web lain tidak mencerminkan dasar serta pendirian IRTrade2u.com.Sesuai dipapar menggunakan IE versi 7.0 ke atas
dan Mozilla Firefox yang terkini dengan resolusi 1024 x 768 bagi mendapatkan paparan yang terbaik("Best Viewed")